About deviantART (Malay)

4 min read

Deviation Actions

Kozhee's avatar
By
Published:
1.7K Views
This is an unofficial Malay translation of the (deviantART: About deviantART) deviantART faq. For more translated FAQs, please visit InternationalFAQ.

Jurnal ini ialah terjemahan bukan rasmi tentang (deviantART: About deviantART) yang dipetik daripada faq deviantART. Untuk terjemahan faq yang lain, sila rujuk kepada InternationalFAQ. Terjemahan faq versi Bahasa Melayu boleh didapati di sini.





Tentang deviantART


Bagaimanakah saya menjadi seorang ahli Senior (ahli yang dihormati)?

Ahli Senior deviantART akan dipilih oleh Pengarah Operasi Komuniti (fourteenthstar) setelah membaca cadangan oleh ahli-ahli deviantART dengan pertolongan staf deviantART. Pengumuman biasanya dibuat setiap suku tahun serta waktu acara-acara istimewa seperti pada hari jadi kami.

Apakah kriteria yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi seorang Ahli Senior? Ramai yang telah menanyakan soalan ini dan jawapan sebenar belum diberikan. Beberapa ahli-ahli deviantART telah mendapatkan "pangkat" atau gelaran sebagai Ahli Senior sebagai tanda terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk menjadi Volunteer (Sukarelawan) atau untuk berterima kasih atas sumbangan yang telah ditujukan kepada projek-projek tertentu atau telah terlibat dengan projek-projek tersebut. Terdapat juga Ahli-ahli Senior yang telah mendapat gelaran tersebut oleh semangat kemasyarakatan deviantART dengan menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli deviantART yang lain serta mempromosikan karya-karya seni dalam masyarakat deviantART.

Terdapat juga Ahli-ahli Senior yang telah menerima gelaran tersebut atas alasan mempunyai semangat kesenian yang banyak, mempunyai pengaruh positif kepada rakan-rakan dengan berkongsi maklumat, memberi kritikan yang dapat membina semangat ahli-ahli deviantART dan seorang ahli deviantART yang dikenali dalam kalangan masyarakat deviantART.

Jika anda menemui ahli-ahli deviantART yang berhak dipertimbangkan untuk menjadi Ahli Senior, sila hantar nota kepada fourteenthstar dengan alasan anda.




Apakah simbol-simbol yang terdapat bersebelahan dengan ahli-ahli deviantART?

Jika anda menghurungkan tetikus anda di simbol tersebut yang mempunyai penjelasan tentang simbol tersebut. Anda juga boleh mengekliknya untuk memaparkan penjelasan lebih lanjut tentang simbol-simbol yang digunakan dalam deviantART.

Harap maklum bahawa nama pengguna deviantART atau akaun yang telah dinyahaktifkan (deactivated) serta ahli deviantART yang telah dilarangkan untuk membuat sebarang aktiviti dalam deviantART (banned) tidak boleh diklik. Ahli-ahli deviantART yang tidak mempunyai keistimewaan tidak mempunyai sebarang simbol.




Apakah deviantART dan siapa yang telah menubuhkannya?

deviantART ialah kemasyarakatan seni untuk pengkarya dan peminat-peminat seni untuk berinteraksi dalam pelbagai cara seperti memuat naik karya dan berbual-bual tentang pelbagai topik. Pendek kata, deviantART merupakan salah satu cara untuk meluahkan kesenian anda dalam pelbagai cara.

deviantART telah ditubukan oleh Scott Jarkoff, Angelo Sotira (Spyed) dan Matt Stephens (Matteo) yang telah melancarkan website pada 7 Ogos 2000. Jika anda berminat untuk mengetahui cerita di sebalik deviantART, klik di sini.




Adakah deviantART percuma untuk digunakan?

Ya. Akaun ahli-ahli deviantART yang biasa ialah percuma dan tidak dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat
Premium Memberships (Keahlian Premium) yang akan menambahkan fungsi-fungsi sebuah akaun jika dibandingkan dengan keahlian percuma. Misalnya, jurnal yang boleh diubahsuai. Keahlian Premium adalah sesuatu yang tidak diperlukan untuk berinteraksi dengan pengkarya-pengkarya. Semua fungsi asas disediakan untuk keahlian percuma.
© 2014 - 2024 Kozhee
Comments0
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In